I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, February 10, 2011

Sejarah dan Salah Silah Perguruan

Sejarah dan salah silah Silat ini dikenali dengan nama Silat Seni Warisan Jawa. Pada era 1940-an sehingga 1980-an, silat ini hanya dikenali dengan nama Silat Jawa atau digolongkan dalam kategori silat pulut yang dimainkan di majlis keramaian seperti kenduri kahwin dan sebagainya. Walaubagaimanapun, seni silat ini kerap mendapat undangan untuk dipertuntunkan di khalayak ramai dan kadang-kadang diminta‘berlaga’dengan pesilat lain oleh beliau. Pengasas seni silat ini ialah Almarhum Haji Rasmo bin Bakar yang berasal dari tanah seberang iaitu Daerah Chirebon di Kepulauan Jawa. Pada ketika itu, beliau sedang berguru di Gunung Serimbun. Beliau kemudiannya mewariskan ilmu seni silat ini kepada seorang anak muda yang sangat sukakan ilmu dan merantau yang bernama (almarhum) Haji Saram. Dikatakan bahawa seni silat ini adalah permainan orang jawa dan Haji Saram merupakan orang Bugis. Bagaimanapun Allah telah mentakdirkan bahawa ilmu permainan orang Jawa ini akan dibawa dan diperkembangkan oleh orang Bugis. Justeru ianya diperkenalkan dengan nama Silat Seni Jawa. Silat Jawa merujuk kepada asal permainan ini iaitu dari orang Jawa, manakala pula merujuk kepada daerah asalnya dan untuk mengelakkan kekeliruan dengan perguruan lain seperti Kuntau Jawa dan sebagainya.

Sebagai anak Bugis yang taat beragama, semangat untuk merantau dan mencari ilmu serta pengalaman berkobar di dalam jiwa beliau yang dikenali sebagai Haji Saram, di Tanah Melayu. Pada tahun 1998, ketika berusia seawal 35 tahun, beliau tiba di tempat persinggahan pertama beliau iaitu Kampung Batu Laut, Kuala Langat di dalam negeri Selangor. Sebagai seorang perantau, beliau telah melakukan pelbagai pekerjaan dan kemudiannya telah mengajar ilmu persilatan Silat Seni Jawa ini kepada orang-orang kampung dan mewariskannya kepada anak beliau Suryani Bin Hj. Saram. Beliau kemudiannya telah mengembangkan lagi ilmu persilatan ini kepada penduduk Kampung Batu Laut, Banting, Kuala Langat, Selangor. Sehingga sekarang tahun 2000 anak beliau Suryani Bin Hj.Saram telah mengembangkan silat yang telah di warisi turun temurun oleh bapanya ke beberapa kawasan di daerah Selangor. Contohnya di Bandar Tasik Puteri, Rawang.